10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Apabila bercakap tentang Singapore mungkin ramai yang menganggap ianya akan menelan belanja yang agak besar untuk bercuti di negara tersebut. Oleh itu, disini ingin saya kongsikan beberapa perkara yang saya lakukan secara percuma dan berbaloi dengan harga yang dibayar sepanjang 3 hari 2 malam berada di sana:

1. Marina Bay Sands Observation Deck

Lawatan saya ke Singapore pasti tidak akan lengkap tanpa melawat banggunan ikonik Marina Bay Sands. Malah ianya menjadi salah satu sebab utama saya untuk datang dan melihat dengan sendiri kemegahannya. Dan sudah pasti apabila berada disini, saya tidak ingin melepaskan peluang untuk merasai suasana di dalam hotel mewah ini.

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-1 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Selain itu, saya juga berkesempatan untuk naik ke bahagian observation deck dengan bayaran berharga $23 SGD. Jangan risau! Pemandangan yang dapat saya nikmati amat berbaloi dengan harga yang dibayar. Lebih istimewa lagi apabila datang kesini pada waktu petang untuk menikmati suasana sunset yang tenggelam dibelakang bandaraya Singapore

2. Gardens by The Bay 

Saya mengisi waktu petang dengan mengambil angin segar bersiar-siar di sekitar taman yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan bunga ditanam. Saya melihat ramai juga penduduk tempatan yang memilih lokasi ini untuk melakukan aktiviti riadah seperti jogging dan meluangkan masa bersama ahli keluarga.

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-2 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-3 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Taman ini dibuka kepada orang awam secara percuma dan apa yang lebih menarik disini ialah pada waktu malam saya dapat membawa bekal makanan sendiri dan berkelah sambil melihat pertunjukkan lampu pokok gergasi yang amat menghiburkan.

Tips: Datang awal bagi mendapatkan tempat duduk berkelah terbaik dimana pertunjukkan lampu yang pertama bermula pada jam 7:45 malam dan seterusnya pada jam 8:45 malam.

3. OCBC Skywalk @ Gardens by The Bay 

Antara aktiviti wajib yang saya cadangkan untuk dicuba apabila ke Gardens by The Bay ialah OCBC Skywalk dimana saya berjalan di atas jambatan gantung setinggi 22 meter yang diikat pada pokok gergasi sambil dapat melihat pemandangan yang menakjubkan.

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-4 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-5 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-6 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Bagi anda yang gemar mengambil gambar, disini anda dapat mengambil gambar dengan belatar-belakangkan bandaraya Singapore dan Marina Bay Sands. Malah dengan tiket hanya berharga $8 SGD, sememangnya satu pengalaman baik yang tidak harus dilepaskan!

Tips: waktu yang sesuai untuk kesini adalah waktu petang sekitar jam 6 dimana cuaca tidak terlalu panas dan berpeluang untuk melihat sunset dari atas jambatan. Dan pastikan anda datang awal kerana perlu beratur untuk naik ke atas.

4. Haji Lane

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-7 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-8 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Apabila tiba disini saya amat kagum akan betapa terang dan bewarna-warni kawasan ini dengan lukisan mural di dinding menggambarkan gabungan pelbagai budaya yang kaya dan pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-9 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Walaupun saya tidak berhenti untuk membeli barang atau makan disini, saya amat puas dapat melihat kreativiti dan inspirasi terdapat di Haji Lane selain menjadi lokasi yang amat sesuai bagi anda yang gemar mengambil gambar untuk Instagram. Lokasinya juga berdekatan dengan tempat tinggal saya di New Society Backpackers Hostel sekitar 10 minit berjalan kaki.

Tips: Datang awal pada waktu pagi dimana masih tidak ramai orang dan peluang untuk mengambil gambar yang baik dan unik adalah lebih cerah.

5. Orchard Road

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-10 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Bercakap tentang Singapore pasti ramai yang teringat akan Orchard Road yang terkenal dengan lambakan pusat membeli-belah barangan mewah dan sesetengah dari penjual juga menawarkan harga sale yang sukar untuk ditolak. Manakan tidak hampir setiap pelancong yang datang ke Singapore pasti akan tertumpu ke lokasi ini.

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-11 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-12 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Saya menghabiskan masa disini dengan singgah ke beberapa pusat beli-belah seperti Paragon Mall dan berjalan-jalan melihat suasana di sepanjang jalan yang hampir 2 kilometer panjang walaupun kadang-kadang terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai, namun ianya memang satu pengalaman yang patut dirasai.

6. Lucky Food Centre 

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-13 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Apabila berkaitan makanan saya memilih untuk mencari lokasi-lokasi yang biasanya menjadi tumpuan rakyat tempatan biasa. Ianya membolehkan saya untuk mencuba citarasa menu tempatan dan makan bersama-sama penduduk tempatan merasai suasananya.

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-14 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Disini terdapat banyak pilihan seperti “roasted chicken noodle”, “Wanton noodle soup”, dan banyak lagi. Dan bukan itu sahaja, disini saya boleh mendapat hidangan dengan serendah $3 SGD dimana mungkin yang termurah boleh didapati di Singapore.

7. Clarke Quay

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-15 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Saya memilih lokasi ini sebagai salah satu lokasi terbaik untuk melihat dan mengambil gambar sunset di Singapore memandangkan sungai Singapore terletak di tengah dengan kehadiran bot-bot pelancong yang lalu lintas selain banggunan disini juga sangat terang dengan warna menjadikannya lokasi sesuai untuk Instagram.

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-16 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Setelah matahari terbenam, saya menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sepanjang deretan restoran-restoran dan cafe untuk merasai suasana kehidupan malam di Singapore. Tempat memang penuh dengan orang ramai dan memang terasa kemeriahanya.

8. Masjid Sultan

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-17 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-18 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Saya juga berkesempatan untuk melawat lokasi bersejarah iaitu Masjid Sultan dimana ianya merupakan salah satu masjid terpenting bagi komuniti masyarakat Islam Singapore. Melihat kepada warna yang dicat dan reka bentuk pada masjid ini memang agak berbeza dengan masjid-masjid lain yang biasa saya jumpa.

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-19 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Saya mendapati bahawa tapak dimana masjid ini dibina dikhaskan oleh pihak British kepada umat Islam ketika mereka menawan Singapore pada tahun 1819. Masjid pertama dibina di tapak ini adalah pada tahun 1826 dan kemudian digantikan masjid yang berdiri sekarang yang dibina pada tahun 1928 hasil derma dari komuniti Muslim.

Tips: Pastikan anda memakai pakaian yang bersesuaian menutup bahu dan lutut.

9. Fort Canning Park

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-20 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-21 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Taman ini amat sesuai bagi anda yang mencari ketenangan jauh dari orang ramai dan kesibukkan bandar. Saya menghabiskan kira-kira 1 jam dengan hanya berjalan-jalan di sekitar sambil menghirup udara segar.

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-22 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Di samping itu, saya juga mengambil kesempatan yang ada untuk membaca beberapa tanda kenangan mangsa yang terkorban dalam perang pada tahun 1942 yang terdapat pada dinding-dinding pagar. Ianya membuatkan saya untuk lebih menghargai keamanan yang kita ada.

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-23 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

10. Church Saint Peter and Paul

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-24 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Gereja Saint Peter and Paul ialah salah satu gereja Catholic yang tertua di Singapore dan merupakan salah satu lokasi yang paling menarik sempat saya lawati dengan bahagian luarnya bertemakan seni bina gothic amat mencuri perhatian.

10-perkara-untuk-dilakukan-di-singapore-secara-percuma-dan-berbaloi-dengan-bayaran-25 10 Perkara Untuk Dilakukan di Singapore Secara Percuma dan Berbaloi Dengan Bayaran

Bahagian dalamannya pula serba putih dan saya amat menyukai stained glass di tingkap gereja ini. Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika berada di dalam gereja ini dengan suasana yang tenang lagi menyamankan.

Singapore sememangnya berada di dalam kelasnya yang tersendiri dan bagi saya cara yang terbaik untuk terokai bandar ini adalah dengan berjalan kaki. Dan pastikan anda mengambil masa untuk terokai bandar ini dengan lebih dekat kerana di setiap sudut terdapat keunikannya yang tersendiri.

Leave A Reply