10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Bercakap tentang Hat Yai,[1] ianya sememangnya lokasi yang popular yang menjadi tumpuan dikalangan rakyat Malaysia dan Singapura. Hat Yai merupakan tempat persinggahan saya sebelum ke destinasi lain di sekitar Selatan Thailand[2] dan saya mendapati selain ianya terkenal sebagai destinasi untuk mencuba pelbagai jenis makanan, terdapat juga beberapa perkara yang menarik untuk dilakukan disini, antaranya ialah:

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat YaiFloating Market

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-1 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Untuk ke pasar terapung mengambil masa kira-kira 20 minit dari tempat penginapan saya The Hive Hat Yai Hostel[3] yang terletak di pusat bandar Hat Yai dengan menaiki Grab dengan bayaran sekitar RM20 sehala.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-2 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Saya melihat apa yang menarik tentang pasar terapung ini berbanding yang lain di sekitar Thailand ialah kebanyakan penjual disini ialah Thai Muslim. Makanan juga halal jadi bagi pelancong yang beragama Islam tidak perlu risau kerana amat mudah untuk mencari makanan disini. Selain pelbagai jenis makanan yang dijual disini, terdapat juga gerai-gerai menjual pakaian dan cenderamata. Malah, harga yang diletakkan juga murah dan berpatutan.

Tips: Pilih Grab untuk kesini kerana ianya lebih murah berbanding menaiki tuk-tuk. Pasar ini hanya dibuka pada hari Jumaat hingga ahad dari jam 3 petang hingga 9 malam.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Kim Yong Market

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-3 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-4 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Bagi saya, cara yang terbaik untuk terokai sesuatu destinasi itu adalah dengan berjalan kaki dan mencuba makanan jalanan yang sememangnya selera rakyat tempatan biasa untuk mengenali sesuatu budaya itu dengan lebih dekat lagi.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-5 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Dengan lebih 100 gerai dan kedai menjual pelbagai jenis makanan, hasil tempatan, pakaian dan banyak lagi sudah tentu membuatkan saya sukar untuk membuat pilihan! Manakan pula dengan harga yang ditawarkan bagi sesetengah barang adalah jauh lebih murah berbanding di tempat lain.

Tips: Pastikan anda tawar-menawar sebelum membeli sesuatu barang untuk mendapatkan harga yang lebih murah.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Steel Pagoda

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-6 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Untuk ke Steel Pagoda (Chedi Traiphop Traimingkhon) di kalangan rakyat tempatan, saya mengambil tuk-tuk dari pusat bandar. Ia memakan masa lebih kurang 40 minit sebelum tiba di lokasi yang dituju. Dan apa yang bestnya disini ialah lokasinya yang berada di atas bukit dan tidak diketahui ramai pelancong.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-7 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Bagi saya, lokasi ini amat sesuai bagi mereka yang ingin mengenali sesuatu budaya dengan lebih dekat. Saya menghabiskan masa disini dengan hanya bersiar-siar di sekitar kawasan kuil menghargai seni dan reka bentuk yang terdapat kawasan sekitar.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-8 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Tips: Pastikan anda tawar-menawar dengan pemandu tuk-tuk untuk harga pergi dan balik.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Songkhla Central Mosque

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-9 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Ketika dalam perjalanan ke Samila Beach saya sempat berhenti singgah ke Masjid Songkhla untuk melihat tradisi dan cara hidup masyarakat Islam di Selatan Thailand. Selain itu, saya mendapati bahawa masjid ini merupakan masjid yang terbesar di Selatan Thailand.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-10 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Lokasinya terletak di tengah kawasan lapang yang sunyi dengan terusan air berada di tengah laluan masuk ke masjid. Lokasi yang cantik adalah bergambar terutama sekali ketika sunset. Keadaan disini pada waktu petang amat menyenangkan dengan tiupan angin sepoi-sepoi.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-11 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Tips: Datang kesini pada waktu petang untuk melihat sunset dan pada waktu malam melihat keindahan masjid yang diterangi lampu.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Samila Beach

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-12 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-13 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Setelah mengambil masa sekitar 45 minit dari bandar Hat Yai, saya tiba di pantai ini disambut dengan melihat beberapa orang yang sedang menuggang kuda berlatar-belakangkan pemandangan pantai yang cukup menyenangkan. Mungkin ianya tidak secantik pantai-pantai lain yang terdapat di Thailand namun ianya sering menjadi pilihan bagi ahli keluarga untuk datang berehat.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-14 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Pelbagai kemudahan turut disediakan disini seperti kedai makanan dan lain-lain. Tarikan utama di pantai ini adalah tugu berbentuk ikan duyung yang dikatakan memiliki kisah disebaliknya. Kisahnya yang disampaikan dari zaman ke zaman sehinggalah tugu ini dibina untuk mengingati kisah ikan duyung tersebut.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Wat Hat Yai Nai Temple

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-15 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-16 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Lawatan saya ke Thailand sudah tentu tidak akan lengkap tanpa melawat ke salah satu kuil Buddha. Saya memilih cara yang paling mudah untuk kesini dengan menaiki songthaew berwarna putih dengan bayaran hanya 20 Baht dari bandar Hat Yai.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-17 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Apa yang paling menarik dalam kuil ini ialah boleh bergambar bersama patung Buddha baring yang terbesar di selatan Thailand. Patung ini sepanjang 35 meter. Memang agak mencabar untuk cuba memuatkan kesemuanya ke dalam frame gambar. Dengan riak wajahnya seakan-akan sedang tersenyum melihat para-pelancong yang tidak putus-putus datang untuk melawatnya.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Asean Night Bazaar

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-18 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-19 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Aktiviti kegemaran saya pada waktu malam di Hat Yai adalah pergi ke pasar-pasar yang terdapat di sekitar bagi merasai suasana meriah kehidupan malam. Asean Bazaar terbahagi kepada dua tingkat dimana tingkat pertama menjual pelbagai jenis barangan dan tingkat kedua merupakan food court. Jadi setelah puas saya berwindow shopping, sempat juga untuk mengisi perut kosong.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-20 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-21 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Saya mendapati bahawa kebanyakkan harga bagi barang-barang yang dijual disini memang jauh lebih murah daripada harga di Malaysia. Malah, sebenarnya barangan dari sini jugalah yang dibawa masuk ke Malaysia. Jadi, alang-alang sudah berada di Hat Yai, boleh lah membeli sedikit untuk dibawa pulang.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Central Festival Hatyai

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-22 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Sudah tentu setiap bandar mempunyai pusat membeli-belah terkemuka mereka sendiri dan tidak lupa juga di Hat Yai. Saya datang ke Central Mall ini untuk melihat kedai dan jenis barangan yang dijual ada sama seperti di Malaysia atau tidak.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-23 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Dari pemerhatian saya, mall ini agak besar dimana mereka juga memiliki gelanggang ice skating sendiri dan hampir kesemua restoran terdapat disini ialah restoran tempatan yang hanya boleh didapati di Thailand. Jadi memang sesuai bagi sesiapa sahaja yang datang untuk mencuba citarasa Thai yang asli.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Municipal Park

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-24 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Setelah puas menerokai sekitar Hat Yai dengan cara darat, saya kemudian memilih untuk melihat kawasan sekitar dari atas dengan menaiki kereta kabel. Dengan bayaran yang dikenakan hanya sekitar RM25, saya dapat menikmati pemandangan indah sekitar bandaraya Hat Yai dengan sepuas hati.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-25 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-26 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Kepuasan dapat melihat panorama dari tempat yang tinggi dan menikmati keindahan bandar ini dari perspektif berbeza. Selain itu, di taman ini juga menawarkan banyak aktiviti-aktiviti menarik yang tidak sempat untuk saya cuba kesemua sekali. Namun yang menarik perhatian saya ialah keberadaan patung Buddha berdiri.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Koh Lipe

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-27 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-28 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Setelah puas berada di Hat Yai, saya membuat keputusan untuk pergi berehat menenangkan diri jauh dari kesibukan bandar ke pulau Koh Lipe[4]. Perjalanan dari Hat Yai menaiki bas ke jeti Pakbara mengambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Kemudian, dari jeti ke pulau Koh Lipe mengambil masa sekitar masa yang sama menaiki bot laju.

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai-29 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

10-tempat-untuk-dilawati-di-hat-yai 10 Tempat Untuk Dilawati di Hat Yai

Saya suka Koh Lipe ialah kerana ianya tidak terlalu terkenal di kalangan pelancong barat seperti pulau-pulau lain di Thailand. Koh Lipe juga tidak terlalu sesak yang membolehkan saya berehat dengan baik disini. Namun pulau ini masih mempunyai air laut yang jernih kebiruan dan pasir putih sama seperti pulau lain.

Penginapan:

Sepanjang berada di pulau ini saya menginap di A Plus Hostel[5] dengan lokasinya yang terletak di tengah pulau memudahkan saya untuk bergerak ke sekitar pulau dengan hanya berjalan kaki kerana pulau ini tidak terlalu besar.

Tips:

Tiket bagi bas ke jeti Pakbara dan bot laju ke Koh Lipe boleh dibeli di tempat penginapan anda. Harganya selalu lebih murah berbanding di luar.

Hat Yai, Thailand sememangnya patut menjadi salah satu destinasi yang wajib dikunjungi setidaknya sekali seumur hidup bagi semua orang untuk merasai sendiri suasana meriah yang agak berbeza dengan apa yang terdapat di Malaysia.

References

  1. ^ Hat Yai, (www.expedia.com.sg)
  2. ^ Selatan Thailand (www.expedia.com.sg)
  3. ^ The Hive Hat Yai Hostel (www.expedia.com.sg)
  4. ^ Koh Lipe (www.expedia.com.sg)
  5. ^ A Plus Hostel (www.expedia.com.sg)

Leave A Reply