10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan Ramadan

Ramadan adalah salah satu bulan paling mulia dalam kalender Islam. Seluruh umat Islam akan berpuasa setiap hari selama sebulan sambil membanyakkan ibadah dari siang sehingga lewat malam. Walaupun dikenali sebagai bulan yang memupuk semangat kekitaan sesama keluarga dan masyarakat, Ramadan juga masa yang menarik untuk pergi melancong, terutamanya ke negara Islam yang lain.

Ini adalah perkongsian 10 tip untuk anda melancong ketika bulan Ramadan.

1) Rancang Perjalanan Anda Mengikut Waktu Solat

Melancong ketika bulan Ramadan akan menjadi lebih mudah sekiranya anda merancang perjalanan mengikut waktu solat di negara destinasi. Waktu solat di setiap negara adalah berbeza mengikut kedudukan di muka bumi dan sama ada negara tersebut mengalami empat musim atau tidak.

10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan Ramadan Kredit gambar / @pandanstan[1]

Anda boleh menjadualkan itinerari dengan lebih teratur setelah mengambil kira waktu bersahur dan berbuka. Dari situ, anda lebih tahu panjang pendeknya masa berpuasa seterusnya memilih aktiviti dan tarikan yang sesuai untuk dilawati.

2) Melancong Ke Negara Sedang Musim Sejuk Semasa Ramadan

10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan-1 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan RamadanCC by 2.0 / Leandro Centomo[2] 

Anda juga dapat memaksimakan tempat dan tarikan yang dikunjungi jika anda melancong ke negara yang mengalami musim sejuk semasa Ramadan. Pada musim sejuk antara November ke Januari, waktu siang adalah pendek jadi masa bersahur dilewatkan dan masa berbuka puasa pula diawalkan.

Ditambah pula dengan cuaca yang sentiasa dingin, anda tidak akan berasa terlalu penat atau dahaga berbanding dengan melancong ke negara beriklim panas. Lagipun, destinasi musim sejuk popular seperti Seoul[3], Istanbul[4] dan London[5] sangat cantik apabila diliputi salji!

3) Bersahur Dengan Makanan Berkabohidrat “Slow Release”

Ke mana jua anda melancong, sudah tentu anda akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk berjalan-jalan dan ini adalah cabaran utama dihadapi semua traveler yang berpuasa. Bagi memanjang kudrat, sahur dengan makanan berkabohidrat yang bersifat “slow release.”

10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan-2 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan RamadanCC by 2.0 / anokarina[6] 

Makanan yang bersifat sebegini mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti nasi tetapi mengambil masa yang lebih lama untuk dipecahkan kepada unsur yang digunakan untuk menghasilkan tenaga. Ambil lah makanan seperti kekacang, roti gandum dan pasta untuk memberi anda cukup tenaga bagi mengharungi hari.

10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan-3 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan Ramadan CC by 2.0 / Ella Olsson[7] 

4) Mulakan Kembara Seharian Anda Selepas Sahur

Sejurus bersahur dan menunaikan solat subuh, lebih elok jika anda terus bersiap-siap untuk menjelajahi destinasi anda pada waktu pagi. Perasaan kenyang dan segar ini akan mendorong anda untuk melawat seberapa banyak tempat sebelum kepanasan matahari pada lewat pagi mula menyerap tenaga anda.

10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan-4 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan Ramadan Kredit gambar / KAZ2.0[8]

Sekiranya anda bermula awal pagi, anda boleh beristirahat atau tidur sekejap pada waktu tengah hari untuk recharge bateri. Kemudian, anda boleh meneruskan satu atau dua lagi aktiviti pada sebelah petang sambil menunggu waktu berbuka!

5) Banyakkan Aktiviti Bersifat “Indoor”

Salah satu lagi cara untuk memelihara tenaga anda adalah dengan membanyakkan aktiviti atau melawat tempat yang bersifat “indoor.” Tip ini sangat penting jika anda berhasrat mengembara ke destinasi yang cuacanya panas, terutamanya di kotaraya yang dipenuhi dengan hutan konkrit.

10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan-5 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan Ramadan

Anda boleh memilih tempat seperti muzium, taman tema dan pusat membeli-belah dilawati. Kebiasaannya, tempat sebegini terletak dalam bangunan berhawa dingin dan mempunyai kerusi bangku untuk anda duduk dan berehat.

10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan-6 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan Ramadan

6) Kurangkan Kepadatan Itinerari Anda

Jangan jadi superhero dan ingat anda boleh pergi ke semua tarikan dalam check list anda dengan anggapan bahawa anda mampu secara fizikal. Rancang itinerari mengikut daya tahan badan anda, walaupun anda mempunyai keinginan tinggi melawat semua tempat.

10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan-7 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan Ramadan Kredit gambar / @nuzha_travel[9]

Pada masa yang sama, jangan tergesa-gesa untuk menghabiskan semua aktiviti yang dirancang dengan mengikut rentak orang yang paling lambat. Nanti cita-cita tinggi untuk pergi ke lima tempat dalam masa sehari lebur apabila semua orang penat selepas terkejar-kejar di tempat yang pertama!

7) Tempah Hotel Yang Berhampiran Dengan Masjid

Dekatkan diri anda dengan rumah Allah S.W.T. dengan mencari hotel yang berhampiran dengan masjid lokal. Biasanya masjid atau pusat komuniti Islam terletak di tengah-tengah bandar dan mudah dicapai dengan pengangkutan awam.

Menempah hotel yang dekat dengan masjid sudah memudahkan banyak urusan orang berpuasa seperti solat dan iftar. Antara contoh hotel yang berhampiran dengan masjid adalah Almond Hostel & Cafe[10] di Tokyo Camii, Tokyo, Flagstaff City Inn[11] di ICV West Melbourne Mosque dan Maxim Quartier Latin[12] di Grand Mosquee de Paris.

10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan-8 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan Ramadan Wikimedia Commons / CC by 3.0 10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan-9 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan Ramadan10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan-10 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan Ramadan[13]

8) Jadikan Masjid Tempatan Tumpuan Untuk Iftar dan Tarawih

Mengembara di bulan Ramadan bukan sahaja melawat tempat-tempat pelancongan tetapi adalah satu peluang untuk mendampingi masjid dan pusat komuniti tempatan. Ketepikan cukup masa untuk jadikan masjid sebagai sebahagian daripada trip anda.

10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan-11 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan Ramadan CC by 2.0 / Gabby Canonizado[14] 

Cuba sedaya upaya untuk menunaikan solat subuh dan solat tarawih di masjid sekiranya berdekatan dengan tempat tinggal anda. Lazimnya masjid juga akan menganjurkan iftar beramai-ramai sepanjang bulan Ramadan di mana anda juga dapat berkenalan dengan Muslim tempatan dan para pelancong lain.

10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan-12 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan RamadanWikimedia Commons[15] / CC by 3.0

9) Beramah Mesra Dengan Saudara SeIslam Anda Di Perantauan

Masjid dan pusat komuniti tempatan ini juga adalah tempat paling sesuai untuk beramah mesra dengan saudara-saudari se-Islam di perantauan. Semasa program berjemaah seperti iftar, jangan malu dan berborak lah dengan orang di sekeliling anda.

10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan-13 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan Ramadan

Mana tahu, jika anda berkawan dengan orang Muslim tempatan mereka boleh membantu dengan rekomendasi kedai makan dan pemandu pelancong Muslim. Kalau anda mengembara solo atau dalam kumpulan kecil, anda mungkin boleh jumpa geng sehaluan dan sama-sama mencipta kenangan baru di perantauan!

10) Sentiasa Beribadah Di Mana Anda Jua Berada

Ramadan adalah bulan paling mulia dalam kalender Islam maka gunakan setiap masa lapang anda dengan beribadah kepada-Nya. Banyakkan bersedekah, tarawih berjemaah dan membaca Al-Quran semasa di destinasi anda.

Anda sebenarnya mengambil satu langkah yang berani untuk mengembara di bulan Ramadan bukan sahaja untuk melihat dunia malah merasai keindahan dan kesusahan berpuasa di perantauan. Pilihan ini juga mengajar anda bahawa di mana jua anda berada, saudara-saudari Muslim sentiasa bersedia untuk membantu anda.

10-tip-untuk-melancong-ketika-bulan-ramadan-14 10 Tip Untuk Melancong Ketika Bulan Ramadan CC by 2.0 / Tim Simpson[16] 

Kesemua 10 tip ini harap dapat membantu anda secara fizikal, mental dan emosional bagi memulakan pengembaraan anda ke luar negara semasa bulan Ramadan. Mulakan dengan melawat negara Islam untuk membiasakan diri dan setelah anda lebih yakin, cuba lah melancong ke negara-negara lain!

References

  1. ^ pandanstan (www.instagram.com)
  2. ^ Leandro Centomo (www.flickr.com)
  3. ^ Seoul (www.expedia.com.my)
  4. ^ Istanbul (www.expedia.com.my)
  5. ^ London (www.expedia.com.my)
  6. ^ anokarina (www.flickr.com)
  7. ^ Ella Olsson (www.flickr.com)
  8. ^ KAZ2.0 (www.flickr.com)
  9. ^ nuzha_travel (www.instagram.com)
  10. ^ Almond Hostel & Cafe (www.expedia.com.my)
  11. ^ Flagstaff City Inn (www.expedia.com.my)
  12. ^ Maxim Quartier Latin (www.expedia.com.my)
  13. ^ Wikimedia Commons (commons.wikimedia.org)
  14. ^ Gabby Canonizado (www.flickr.com)
  15. ^ Wikimedia Commons (commons.wikimedia.org)
  16. ^ Tim Simpson (www.flickr.com)

Leave A Reply